Photobucket




azmilaili
Kalau rasa nak tengok tempat melancong...barang baru beli...barang barang branded...korang takkan jumpa dalam blog aku nieh kerana blog ini hanya luahan perasaan aku sebagai seorang isteri dan ibu kepada 3 orang cahayamata yang sedang membesar dengan jayanya.....
   

<< December 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed










 
Monday, December 15, 2008
Apa Salah Saya...??

 

 

Kesejukan dalam lubang tandas

CHANGLUN: Bahagian punggung dan kedua-dua kakinya termasuk ke dalam lubang tandas, namun seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat langsung tidak menangis ketika ditemui seorang lelaki, pagi semalam.

“Ketika ditemui dia menghisap jari mungkin kerana lapar, manakala tali pusatnya belum dipotong dan terbelit di leher,” kata Rofidah Md Noor, 45, yang melihat bayi itu dalam tandas sebuah kedai di pasar basah Kampung Tradisi, Lembah Keriang, dekat sini.

Bayi seberat 2.4 kilogram itu ditemui jam 10.10 pagi oleh seorang lelaki berusia 30-an sebelum memaklumkan kepada Rofidah yang kebetulan berada di luar tandas berkenaan.

Sebak...menitis air mata aku masa tengok gambar nieh....terbayang muka anak anak aku....Ya Allah...mesti dier sedey..kenapa ibu aku buat aku macam nieh....kenapa begitu jijik sekali aku sehingga disumbatkan ke dalam lubang najis..??

Setiap kali berita macam nieh keluar...rata rata orang akan menyalahkan ibu dier...pompuan jalang..pompuan jahat ..pompuan gatal...pompuan tak tau malu ..takde hati perut...baper kerat yagn akan menyalahkan jantan yang membuat pompuan tuh mengandung? jawapan aku ...5 dari 1000 orang sahaja akan menyalahkan lelaki itu...biler kita cakap...mesti jawapan dier...dah pompuan tuh bagi ..saper suruh?....japs...ko tau ker pompuan tuh bagi?...kalau pompuan tuh kena rogol camner? ko tau ker?

Kalau sekali pun pompuan tuh buat silap...saper kita nak menghukum mereka...? sempurna sangatkah kita sehingga layak menentukan syurga atau neraka orang lain?  cuma kalau betul pompuan tuh salah...kenapa mesti dier ulangi lagik kesilapan dier...mungkin separuh orang kata kalau bagi perlindungan seolah kita mengalakkan...habis?? nak biarkan dier...terus hanyut camtuh??....timbul citer lain pulak..kalau dibesarkan ..orang akan cakap itu anak haram...emm...banyak sangat punca kenapa perkara camnieh terjadik...sikap masyarakt kita yang hanya tau menunding jari mencarik salah pun yer jugak...

Sapa sapa yang baca blog aku nieh...andainya ader yang buat silap...janganlah buat kesilapan macam nieh lagik...berikanlah anak itu kepada mereka yang ingin menjaga...ramai pasangan yang betahun menanti untuk mendapatkan cahayamata...tak sanggup rasanya melihat anak anugerah Allah ini diperlakukan seolah olah tidak berharga langsung...Penat lelah kita mengandung...tak mahu ke tengok dier membesar?......

emo sunggoh aku ari nieh..uhuksss....

 

 


Posted at 12/15/2008 12:12:26 pm by azmilaili

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry